Pelaburan Pinjaman ASB (ASB Loan) VS Simpan Sendiri?

Rata-rata ramai pembaca Berita Semasa pastinya mempunyai simpanan atau pelaburan. Ada banyak instrument pelaburan yang boleh kita gunakan seperti pelaburan Amanah Saham, Forex, Fixed Deposit, dan bermacam-macam lagi.

Ramai sebenarnya masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang bagaimana pelaburan-pelaburan ini berfungsi. Kebanyakan mereka suka mengambil jalan mudah dengan main kutu skim cepat kaya, beli pangkat dalam MLM dan sebagainya, yang akhirnya memakan diri sendiri. Sehinggakan semasa nak masuk skim cepat kaya dan MLM, sanggup buat personal loan lagi. Keazaman seperti itu harus dipuji tetapi mungkin tekniknya tidak berapa betul. Apabila MLM hangus, akhirnya diri terpaksa  menanggung hutang pula setiap selama 20 tahun.

Dari kehidupan yang sempit menjadi bertambah perit!.
Kali ini, kami memilih tajuk Pelaburan ASB. Tak perlu lagi kami jelaskan apa yang dimaksudkan dengan pelaburan ASB di sini kerana ASB ini dah pun berpuluh tahun dilaksanakan dan kredibilitinya  diakui ramai dalam memberikan pulangan kepada para pelaburnya. Dividen yang diberikan agak konsisten iaitu sentiasa di atas paras normal. Ini yang menyebabkan ramai memilih pelaburan ASB. Risiko yang dihadapi pelabur agak rendah.

Pelaburan ASB ini, secara mudahnya, kami boleh pecahkan kepada 2 cara bagaimana nak menyimpan duit di dalamnya.
1. Ambil sebahagian duit dari duit gaji tiap-tiap bulan untuk dimasukkan ke dalam akaun ASB anda
2. Buat Pinjaman ASB (loan ASB) dengan Bank-bank seperti Maybank, CIMB, RHB dan sebagainya.

Dan kalau diikutkan dengan situasi sekarang, rasanya ramai di antara kita memilih cara ke-2 seperti di atas untuk menyimpan duit dalam ASB. Pastinya anda paling tidak pun, pernah terjumpa dengan pelan ke-2 ini tadi iaitu pinjaman ASB (loan ASB). Namun di sini, kami akan tunjukkan kepada anda, mana satu cara yang sebenarnya lebih baik dan yang mempunyai kelebihan dalam jangka masa panjang. Pastinya kalau anda lihat di antara ke dua-dua cara itu tadi, ramai yang memilih pelan yang ke-2 iaitu pinjaman ASB (loan ASB).

Antara alasannya :
1. Lebih mudah, hanya potong gaji sahaja bulan-bulan.
2. Tak perlu menunggu lama untuk memenuhkan akaun ASB anda
3. Dapat dividen juga

Baiklah, kami ambil satu situasi di mana Encik Ahmad, ingin membuat Pinjaman ASB (loan ASB) sebanyak RM 30,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 171 selama 25 tahun. Bersama-sama ini kami lampirkan di sini jadual dari website Maybank berkaitan dengan Bayaran Bulanan untuk pinjaman ASB (loan ASB) ini.Perhatikan pada bahagian bawah sekali jadual ini, ada tertulis kadar pinjaman adalah 6.30%.

http://www.maybank2u.com.my/WebBank/asb_repymntable130710.pdf

Jadi sekarang, katakan dah cukup setahun dari tarikh kita buat loan ASB ini, PNB mengumumkan peratus dividen adalah 8.75%. Maka, kita ambil semula jumlah RM 30,000 tadi dan darabkan dengan peratus dividen.

RM 30,000 x 8.75 % = RM 2625

Nampak macam banyak bukan? Tapi jangan lupa pasal bayaran bulanan anda RM 171 itu tadi, maka darabkan dengan dengan 12 bulan.

RM 171 x 12 bulan = RM 2052

Jadi, keuntungan sebenar anda hanyalah :
RM 2625 – RM 2052 = RM 573

Melalui ini, sedikit sebanyak kami nak tarik perhatian anda semua, untuk mengira berapa sebenarnya yang anda dah bayar kepada bank setiap bulan selama 25 tahun sebagai modal pinjaman ASB anda. Dari kadar tahunan bayaran bulanan yang telah pun kita kira sebentar tadi iaitu RM 2052, kita darabkan pula dengan 25 tahun.

RM 2052 x 25 tahun = RM 51300

Namun sebelum itu, adalah baik sekiranya kami kirakan juga kirakan jumlah dividen yang anda  bakal perolehi termasuklah dengan pinjaman matang anda sebanyak RM 30,000 itu tadi selama 25 tahun. Pengiraan ini adalah menggunakan formula "Compound Interest" di mana, hasil dividen tadi pada setiap akhir tahun, akan ditambah semula dengan pinjaman principal anda sebanyak RM 30,000 untuk dikirakan kembali pada tahun ke- 2 dan seterusnya.

Formula compound interest adalah:
A=P(1+r/n)nt
Di mana:
A=Jumlah wang yang diakumulasi
P= Amaun pinjaman
r=kadar interest
t=jumlah berapa tahun pinjaman atau deposit anda
n= berapa kali setahun dividen anda dikira dalam kes ini

Hasilnya adalah seperti di bawah:
A= 30,000(1+0.0875/1)1*25 dan hasilnya pada 25 tahun akan datang adalah:
RM 244,260.31!

Wah, Nampak macam banyak bukan. Dalam masa 25 tahun sahaja, jumlah terkumpul anda dalam masa 25 tahun adalah RM 244,260.31. Namun itu belum ditolak dengan jumlah bayaran bulanan anda selama 25 tahun yang berjumlah RM 51,300. Jadi, keuntungan anda sebenar adalah :

RM 244,260.31 – RM 51300 = RM 192,960.31

Jadi, inilah keuntungan yang anda buat setelah 25 tahun memberikan komitmen bulanan kepada bank. Namun ini diandaikan sekiranya anda tidak mengambil dividen tersebut setiap hujung tahun untuk kegunaan anda. Sekiranya anda mengmbilnya setiap hujung tahun, maka jumlah seperti di atas ini, tidak akan tercapai. Ada juga yang menggunakan teknik hanya membayar komitmen selama setahun sahaja dengan bank, dan kemudian untuk tahun kedua, mereka akan gunakan duit dividen pada tahun pertama tadi untuk membayar bayaran bulanan untuk tahun ke-2 dan begitulah seterusnya.

Namun yang perlu di ingat di sini adalah tentang 2 perkara.Iaitu:
1- Kadar Base Lending Rate (BLR)
2- Kadar Dividen ASB

Kedua-dua kadar ini sentiasa berubah-ubah. Tidak semestinya BLR tahun ini rendah, maka tahun depan juga rendah. Begitu juga dengan Kadar Dividen ASB. Tahun ini 8.75%, tahun depan belum tentu sama. Mungkin lebih tinggi daripada tahun ini (yang ini akan membuatkan ramai tersenyum lebar) tetapi mungkin akan merosot berbanding kadar dividen tahun ini. Buatnya kalau BLR dah tinggi, tambah pulak dengan kadar pinjaman dah jadi 8%, dividen ASB diumumkan hanya 7.25%. Jadi…risiko tetap ada. Akhirnya anda perlu menambah pula di bank.

Baiklah, sekarang cerita pasal simpan duit sendiri pulak. Katakan kita simpan duit sendiri sebanyak RM 200 sebulan dalam ASB, selama 25 tahun. Ambik kadar rata dividen ASB adalah 8.75%. Jadi, berapakah jumlah terkumpul yang boleh kita dapat dalam masa 25 tahun tersebut?

Sekali lagi formula "Compound Interest" memainkan peranannya. Hasilnya bagi jumlah terkumpul selama 25 tahun adalah sebanyak RM 232,576.79!. Nampak kurang sedikit daripada kaedah membuat pinjaman ASB (loan ASB) bukan? Namun apa yang positifnya di sini adalah, anda tidak perlu membayar bayaran bulanan anda. Maka tak ada apa yang perlu anda tolak

Jelas di sini, menyimpan sendiri adalah lebih baik pada jangka masa panjang. Namun kami juga tidak mengatakan bahawa kaedah pinjaman ASB juga tidak bagus. Namun, sebenarnya, bank lebih banyak mengambil duit dari anda. Sekiranya anda bersedia membayar komitmen bulanan kepada bank untuk pinjaman ASB, maka kami andaikan bahawa anda juga boleh beri komitmen untuk bayar sendiri bulan-bulan ke dalam akaun anda.

Jadi, di sini kami sediakan PRO dan KONTRA bagi pelaburan ASB di antara buat Pinjaman ASB (loan VS Simpan Sendiri.

1) Pinjaman ASB (loan ASB)

Pro:
Dapat prinsipal amaun lebih besar dan seterusnya, dividen lebih banyak dan lebih cepat.
Bank akan telefon anda setiap hujung bulan tentang bayaran bulanan. Jadi, perkataan "terlupa" tak boleh dijadikan alasan. Atau anda juga boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara automatik melalui perbankan yang dipilih oleh anda.

Anda akan lebih berdisplin sebab kena buat bayaran bulanan.
Pinjaman anda di insuranskan

Kontra:
Anda tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya Future Value pinjaman anda
Bank ambik untung dari pelaburan anda tadi.
Nilai sebenar yang anda dapat sebenarnya kurang dari anda menyimpan sendiri.
Sekiranya dividen kurang dari BLR. Maka anda terpaksa topup kepada bank yang anda pinjam.

2) Simpan Sendiri

Pro:
Future Value yang lebih banyak
Tak kena charge bank
Tiada risiko pada BLR sekiranya dividen diberikan kurang.Anda tetap untung.

Kontra:
Masalah disiplin dalam menyimpan.
Boleh jadi hangat-hangat tahi ayam kalau tak mulakan
Maka, dari pemerhatian kami, kedua-dua cara ini ada kelebihan dan kekurangan. Masalah utama bagi penyimpan sendiri adalah masalah disiplin nak menyimpan sebenarnya. Namun pada zaman ini, alasan ini sudah tidak relevan lagi. Kalau dulu, mungkin alasan malas nak beratur di bank boleh dijadikan penyebab anda masalah untuk melakukan pelaburan ASB contohnya. Namun dalam zaman internet ini, semuanya di hujung jari. Anda kini boleh melakukan pembayaran secara Maybank 2u (CIMB Clicks hanya membenarkan akaun konvensional sahaja, akaun Islamic tidak dibenarkan) untuk menyimpan duit anda akaun ASB sendiri. Jadi, tidak ada masalah bukan?

Apa-apa pun, kedua-dua cara ini adalah yang terbaik sekiranya anda ingin menyimpan wang dan juga anda tidak mengeluarkan dividen di dalamnya. Sekiranya tangan anda gatal setiap kali hujung tahun untuk mengeluar dan menggunakannya, maka sampai ke tualah duit dalam tu tidak beranak-pinak.
Kepada pembaca Berita Semasa yang bijak pandai dan mempunyai idea dan pandangan yang lebih menarik mengenai pelaburan ASB? Mari kongsikan pendapat anda di sini. Perbincangkan dengan pembaca lain di sini.

3 ulasan:

  1. Asuransi Kizittochris telah terjadi menjadi perusahaan keuangan nomor satu di Afrika Barat dan sekarang telah dunia dalam bantuan memberikan pinjaman, dan kami di sini untuk membantu Anda mencapai tujuan Anda jadi jika ada kebutuhan bantuan darurat, keuangan atau kecewa oleh Bank, kami menyediakan dana langsung antara lima juta dan persyaratan aplikasi dengan tidak ada jaminan dan menguntungkan bunga sebesar 2%. Anda tertarik menghubungi kami melalui Email Kizittochrisinsurance@gmail.com
    Salam
    Kizitto Mohammed kencan

    BalasPadam
  2. KEPERCAYAAN keuangan & pinjaman adalah sebuah organisasi uang yang dibuat untuk kesejahteraan orang-orang dalam situasi sulit, Ex-pejabat menggunakan sumber ini menyentuh kehidupan orang-orang membutuhkan keuangan perlu membeli rumah mereka sendiri, membayar tagihan (rumah sakit, sekolah, pajak e.t.c.) Memberi mereka cukup ruang untuk membayar kembali dengan bunga sangat rendah 2% dengan agunan. Kami berikan pinjaman dari $1000 di atas orang-orang yang membutuhkan untuk kita di sini untuk melayani dan keberhasilan Anda adalah tujuan kami...
    Anda dapat menghubungi kami melalui email di Trustfinances.loan@gmail.com, di bawah the Ketua dari Madam Christine Russell

    BalasPadam