1. Rancang perbelanjaan lebih awal
Rancang perbelanjaan, bukan catit perbelanjaan bila sudah berbelanja. Sebelum dapat gaji, siapkan satu belanjawan apa yang nak dibuat, dibeli, dibayar, pada bulan terbabit. Jadi kita akan nampak di mana sepatutnya duit gaji kita pergi. Jangan lupa masukkan dalam senarai… bersedekah, zakat, memberi hadiah dan charity.
*tak ramai yang berani untuk membuat peruntukan terakhir itu. kebanyakan berpendapat “aku pun susah, ada hati nak tolong orang”. bersedekah itu sebenarnya menjadi benteng kepada kita, dan tidak akan mengurangkan rezeki malah bertambah2 lagi. perkara2 tersebut merupakan ‘saving’ kita untuk akhirat.
2. Bayar kepada diri sendiri
Ini adalah tips yang sangat popular. Saya pertama kali mendengar penerangan tentangnya semasa menghadiri ceramah oleh Azizi Ali, 5 tahun lalu.
Bayar kepada diri sendiri bukanlah kita bayar kepada tokei kedai untuk membeli barang yang kita gemari, tetapi ‘bayar’ dulu ke dalam akaun kita (simpanan ke semasa ke saham ke, apa2 je lah). Pastikan pembayaran kita ni bukannya untuk dikorek semula pada bila-bila masa. Tak ada maknanya ‘bayar’ pada akaun simpanan lepas tu cucuk2 ATM sampai licin.
3. Belanja pada yang perlu sahaja
Beli baju jenama XXX yang berharga RM700, perlukah? Makan di restoran YYY yang segelas airnya berharga RM7, perlukah? Sekali-sekala untuk ‘reward’ diri sendiri atau belanja keluarga/raikan kawan2 tak apa lah, tapi kalau hari2 pun belanja makan sampai RM50, apa kes kan.
Ramai yang terperangkap dengan jenama, memang benar, barangan berjenama tentunya lebih berkualiti dari yang jenama cokia. Tapi itu semua boleh diuruskan. Ada barang-barang yang memang perlukan kualiti, dan ada barang-barang yang tak perlu kualiti pun tak apa. Jadilah pengguna yang bijak.
4. Jangan terikut budaya orang lain
Kadang-kadang ada orang tak sampai hati bila anak kita pakai baju jenama murah, sedangkan kawan-kawannya semua jenama jenis mahal2. Anak orang lain buat birthday party macam kenduri kahwin, anak kita, birthday party pun tak ada.
Tak perlu nak terikut-ikut dengan orang. Kita dan mereka berbeza. Mereka mampu untuk mengadakah benda2 mewah untuk anak-anak, meraikan anak2 dalam parti2 bak puteri raja, menghantar anak2 ke sekolah mahal.. tapi kalau kita tak mampu, tak perlu nak rasa bersalah atau kekurangan.
Kita tahu siapa kita, kita ada objektif hidup kita sendiri. Pakai baju murah tak melambangkan harga diri kita murah dan pemikiran kita pun murah. Memang murah kalau mudah benar terikut2 orang. Jadi, upgrade-kan pemikiran kita, tetapkan pendirian dan bangga dengan siapa kita dan apa yang kita ada.
5. Didik ahli keluarga hidup sederhana
Anak-anak kecil biasanya mudah terikut dengan persekitaran, terutama kawan-kawan dan iklan di TV. Rapatkan hubungan dengan anak-anak, agar mereka pun sealiran dengan kita. Ada anak yang bila ke kedai, kalau tak beli apa-apa memang tak sah.
Di sinilah peranan kita sebagai ibu bapa untuk membimbing mereka menjalani kehidupan yang sihat dari sudut ekonomi sejak kecil.
Anak-anak usia 3-4 tahun memang kaki mengamuk di kedai-kedai hendakkan sesuatu. Jadi kena bijak untuk mengawal dan mengatasi agar tabiat itu tak berpanjangan.
6. Tetapkan perbelanjaan
Untuk keperluan2 tertentu, kita boleh tetapkan perbelanjaan. Misalnya, RM500 untuk belanja makan selama sebulan. Jadi gunakanlah RM500 tu sebaik mungkin. Kalau tak sampai sebulan dah sampai limit belanja, pandai-pandailah nak hidup.
7. Muhasabah
Sentiasa revise balik perbelanjaan. Sekiranya ada terlebih belanja, mungkin bulan berikutnya kena tukar sikit perancangan bajet bulanan.
Sebenarnya salah satu keberkatan dalam rezeki adalah merasa kecukupan dan tidak dalam kesempitan. Hidup yang sempit tu tak semestinya kita miskin, orang kaya pun ramai yang merasakan hidup mereka sempit dan tak cukup-cukup. Bak kata pepatah ‘makin besar periuk, makin besar keraknya’.
Kerana itu kita digalakkan bersedekah dan diwajibkan berzakat. Agar harta yang kita cari, kita guna dan kita simpan bersih dari anasir2 yang tidak elok, sekaligus menenangkan hati kita.
Jangan lupa menabung untuk kegunaan di masa depan, dan bila dan cukup haul (tempoh) dan nisab (amaun), jangan lupa berzakat ya
“Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (HR Bukhari).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan