1. Bersabar dan berdisiplin. Menyediakan bajet yang bagus memang akan mengambil masa dan usaha yang berterusan. Jangan cepat berputus asa jika anda rasa seolah-olah terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.
2. Bersikap realistik. Jika anda mempunyai pendapatan yang sederhana, usah terlalu berharap untuk menyimpan wang yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Sebagai contoh, pendapatan anda hanya RM2,000.00 sebulan sedangkan anda mempunyai anak yang sedang bersekolah seramai empat orang, dua orang di sekolah rendah dan dua orang di sekolah menengah. Sudah tentu perbelanjaan barangan dapur (kering dan basah) akan menjadi tinggi. Simpanlah wang dalam jumlah yang munasabah untuk diri anda yang tidak menjejaskan kehidupan anda.
3. Bersikap flexible. Mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dan perubahan dalam harga barangan dapur dan lain-lain perkara. Katalah kereta rosak atau anda disahkan oleh doktor menghidap penyakit yang kronik. Sudah tentu perkara ini akan mempengaruhi kedudukan aliran tunai anda. Jadi, kaji semula bajet yang anda telah sediakan sebelum ini apabila keadaan memerlukan.
4. Simpan sebahagian daripada wang untuk hiburan. Mungkin anda masih lagi muda dan ingin berhibur bersama-sama kawan atau pergi menonton wayang. Kalau ada duit tetapi kehidupan anda membosankan pun tidak menyeronokkan. Jadi, berhiburlah sebab fitrah manusia memang memerlukan hiburan.
5. Bajet hanya memberi manfaat sekiranya anda mengikutinya! Tiada gunanya anda menyediakan bajet tetapi anda tidak buat apa yang sepatutnya. Sebagai contoh, anda hanya memperuntukkan sebanyak RM50 sahaja untuk makan di luar rumah tetapi setiap hari anda masih lagi makan malam di restoran. Jika keadaan ini berlarutan, sudah tentu anda akan terlebih bajet!

Saya suka artikelnya. Coba nih yang abis kena tilang, Cara Cek Denda dan Bayar Tilang
BalasPadam