Panduan sistem Affiliate

Rakan Usahawan Internet Yang Dihormati,

Melihat kepada gambarajah diatas, dapat kita ungkapkan bahawa ramai pemilik “web jualan” iaitu usahawan internet menyedari kepentingan “sistem affiliate” untuk dipasang dalam laman web jualan mereka.

Pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan sudah terbukti mampu meningkat “hasil jualan” dan juga keuntungan terhadap produk ataupun perkhidmatan yang dipasarkan secara online.

Potensi Jumlah Penjualan Dan Keuntungan Jualan Produk Anda Dapat Ditingkatkan Hasilnya 10 Kali Lebih Baik Jika Anda Dibantu Oleh Agen Pemasaran


Menerusi pemasangan sistem affiliate ke dalam laman web jualan, anda sebenarnya membuka peluang perniagaan kepada pengguna internet terutama sekali kenalan – kenalan online anda untuk menjana pendapatan dan sekaligus membantu dalam aktiviti promosi produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.

Pengguna yang mendaftar sebagai agen affiliate anda akan menerima satu link promosi yang akan mengandungi nombor ID yang akan membawa identiti mereka sewaktu aktiviti promosi dilakukan.

Contoh link promosi agen affiliate adalah seperti:

  • http://www.domain.com/?aff_id=agen1
  • http://www.domain.com/index.php?ref=agen2
  • http://www.domain.com/agen3
  • dan sebagainya.
Seterusnya apabila pengguna internet yang melayari ke laman web pengusaha produk menerusi link agen affiliate tersebut membuat pembelian terhadap produk yang ditawarkan, maka agen affiliate akan diberikan komisyen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan